ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

ANNOUNCEMENT (18 MEI 2020)

Sunday 9 November 2014

Pertama Kali Daku dengar Nama kuih Ulat Bulu

Baru-baru ni kan, Faa pergi ke Gong Kapas, tempat jual kuih-muih depan Sekolah Menengah Agama Khairiah tu. Faa beli kek gula hangus, pastu kan tiba-tiba ada Kakak tepi Faa ni, minta Kuih Ulat Bulu.

Huh?! Ulat Bulu.. Terus Faa tengok kuih mana Pakcik tu ambil. Oh okay, yang macam tu kuih ulat bulu. Warna hijau dan bentuk seprti ulat bulu. Di gaul dengan kelapa. Pelik-pelik nama kuih..

Oleh kerana rasa ingin tahu cara bagaimana Kuih Ulat Bulu dibuat. Fa jumpa beberapa resepi dan Fa ingin kongsikan dengan anda semua.

Resepi Kuih Ulat Bulu


BAHAN-BAHAN:

240gm tepung pulut
240gm tepung pulut hitam
250ml air
1 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur
Air secukupnya
Sedikit kelapa parut |dicampurkan sedikit garam
 
Bahan Inti:
200gm kacang hijau
150gm gula melaka
100gm gula pasir
100gm kelapa parut muda
50ml air
Sedikit tepung pulut


CARA MEMASAK:

1. Untuk membuat intinya, rebus kacang hijau sehingga empuk.
2. Setelah empuk, masukkan gula melaka bersama gula pasir. Kacau rata.
3. Setelah kering, masukkan kelapa parut dan sedikit tepung. Gaulkan rata dan biarkan sejuk. Ketepikan.
4. Untuk dohnya, campurkan kesemua bahan dan uli hingga doh tidak melekat.
5. Uli doh menjadi leper memanjang, kemudian masukkan inti kacang ke dalamnya dan kemaskan semula doh.
6. Didihkan air di dalam periuk kemudian masak kuih sehingga ia timbul di permukaan air. Angkat dan golekkan di dalam kelapa parut. 
7. Boleh makan. hehe

Gambar Google.
Korang lalu tak nak makan ulat bulu ni?


Minyak Ikan Makanan Minda
Your Health & Beauty Consultant:
Noor Fatihah bt. Salleh
No.Phone: 017-9192298
Facebook: Nutrisi Hatiku
Instagram: nutrisihatiku

 Konsultansi dan Cara Makan akan diberikan pada customer saya :)

 *Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

No comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda :) terima kasih